Kelas Digital Literacy – Interland (Google Be Internet Awesome)

8 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 7 Disember 2019, Pusat Internet Melugu telah mengadakan kelas Digital Literacy iaitu Interland. Kelas ini diadakan bertujuan untuk mendidik pelajar dengan keselamatan internet melalui permainan maya.

Dalam kelas ini, pelajar diminta untuk membuka laman web Interland. Permainan ini merupakan permainan maya berbentuk pengembaraan yang membolehkan pelajar mempelajari tentang keselamatan digital dimana mereka memerangi penggodam dan pembuli cyber dengan memahami kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk menjadi pengguna digital yang baik. Permainan ini juga turut membantu pelajar dalam mengenal pasti maklumat yang dapat atau tidak dapat dikongsi dalam media sosial.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali